September 3rd, 2018

Berita Elfira Loy bertunang secara senyap dengan seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya beberapa bulan lalu nyata mengejutkan ramai.

Malah, bekas tunangya Sufian Suhaimi juga tidak mengetahui perkhabaran tentang pertunangan Elfira bersama Faris K Anuar. Enggan memberikan sebarang komen, Sufian hanya mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah. Semoga bahagia sampai syurga.

Semalam, Elfira dikatakan sudah sah menjadi tunangan Faris yang juga seorang anak usahawan bergelar Datuk dalam sebuah majlis tertutup di kediamannya di Alam Damai, dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Sumber Berita : mStar Online


24 responses to “Semoga Bahagia Sampai Syurga – Sufian Suhaimi Respon Berita Pertunangan Elfira Loy”

Loading...