Sedia maklum, perkahwinan yang dibina oleh anak perempuan, Abby Abadi iaitu Marissa Dania bersama suami, Aslam menjadi perhatian ramai sebelum ini, susulan lelaki terbabit ketika itu berstatus suami wanita lain iaitu Umisya.
Namun begitu perkahwinan yang dibina sejak Disember 2023 itu masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.
Marissa kini sedang hamil?
Melalui posting terbaru Marissa di Instagram, terdapat beberapa komen daripada netizen telah mencuri perhatian selepas pempengaruh tersebut didakwa kini sedang hamil.
Komen yang ditinggalkan seolah-olah mendoakan agar ‘baby’ yang dikandung Marissa kini lahir dengan sihat dan sempurna, memandangkan dirinya pernah mengalami keguguran sewaktu sedang hamil enam bulan, sebelum ini.
Posting terbaru di Instagram curi perhatian
Dalam hantaran yang dimuat naik, dilihat Marissa memakai baju dan tudung labuh berwarna putih.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, tuan empunya badan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa dirinya kini sedang hamil ataupun tidak.