Pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini berkongsi kisah sedih di mana teman lelakinya, Michael Hansen telah dilaporkan menghidap COVID-19.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired memberitahu berita duka itu menerusi sebuah entri di Instagram miliknya, semalam.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan watak komedi ini turut mendoakan agar teman lelakinya itu terus kuat dan cepat sembuh seperti sedia kala.
“Begitu banyak cinta untuk lelaki ini, Semoga awak cepat sembuh @michael_hansen79 diuji positif COVID-19. Semoga awak sentiasa kuat dengan makanan sihat awak. Amin.”
Michael kini difahamkan sedang berada di Sweden kerana pulang untuk menyambut perayaan krismas bersama dua orang cahaya matanya.
Meninjau ruangan komen, ramai pengikut dan peminat yang mengikuti media sosial pasangan ini tampil mendoakan kesejahteraan Michael.
Terdahulu, Sharifah Sakinah mengumumkan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris itu pada Mei nanti.