“Semoga Awak Jumpa Jodoh Hantaran Murah, Semurah RM 300”

Trending

“Semoga Awak Jumpa Jodoh Hantaran Murah, Semurah RM 300”

Beberapa cetakan skrin berlegar dan menjadi viral di Internet waktu ini tentang perbualan seorang wanita dan seorang lelaki. Cetakan skrin tersebut menjadi viral kerana perbualan itu berkisar mengenai seorang wanita yang sudah mempunyai kekasih lain dan menghina lelaki yang telah mengumpul duit untuk belanja perkahwinan mereka.

wasaptipuSekali imbas, cerita dalam Whatsapp ini lebih kurang serupa dengan kisah Azizi dari Kelantan yang ‘menjaga jodoh orang lain’.

Advertisement



6

23

95Penulis sebenarnya skeptikal dengan cetakan perbualan Internet yang menjadi viral. Kerana penulis mengesyaki yang ia sebenarnya direka oleh orang yang sama.

Seperti perbualan di atas, cara taipan kedua-dua individu seakan sama. Cara ejaan “awak” menjadi “awk”, “saya” menjadi “sy”, tiga titik yang sama pada pengakhiran ayat (…). Tambahan pula ayat si perempuan terlalu dramatik dan digambarkan begitu jahat dan langsung tiada perasaan bersalah.

Bezanya, kisah Azizi dari Kelantan menampilkan orang yang benar-benar wujud dan merupakan luahan sebenar Azizi di Facebook, dan ini pula sekadar perbualan tanpa nama.

Bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk mempercayai kesahihan perbualan ini. –amazingnara.com

Sumber: Raksasa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. Durian vapor

    September 8, 2016 at 1:46 pm

    Hahaha kantoi, nak menipu pun tak reti, semoga lelaki tu forever alone hahaha!

  2. Hamba Yg Esa

    September 8, 2016 at 11:45 am

    ingatkan saya je rasa macam tu..dr perbualan dah tahu ini rekaan..