Beberapa cetakan skrin berlegar dan menjadi viral di Internet waktu ini tentang perbualan seorang wanita dan seorang lelaki. Cetakan skrin tersebut menjadi viral kerana perbualan itu berkisar mengenai seorang wanita yang sudah mempunyai kekasih lain dan menghina lelaki yang telah mengumpul duit untuk belanja perkahwinan mereka.
Sekali imbas, cerita dalam Whatsapp ini lebih kurang serupa dengan kisah Azizi dari Kelantan yang ‘menjaga jodoh orang lain’.
Penulis sebenarnya skeptikal dengan cetakan perbualan Internet yang menjadi viral. Kerana penulis mengesyaki yang ia sebenarnya direka oleh orang yang sama.
Seperti perbualan di atas, cara taipan kedua-dua individu seakan sama. Cara ejaan “awak” menjadi “awk”, “saya” menjadi “sy”, tiga titik yang sama pada pengakhiran ayat (…). Tambahan pula ayat si perempuan terlalu dramatik dan digambarkan begitu jahat dan langsung tiada perasaan bersalah.
Bezanya, kisah Azizi dari Kelantan menampilkan orang yang benar-benar wujud dan merupakan luahan sebenar Azizi di Facebook, dan ini pula sekadar perbualan tanpa nama.
Bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk mempercayai kesahihan perbualan ini. –amazingnara.com
Sumber: Raksasa