Baru-baru ini, seorang personaliti media sosial Thailand telah dikecam netizen susulan aksinya mempromosikan daging babi panggang di restorannya sambil memakai jubah.
Promosi hidangan babi di restoran sambil memakai jubah & serban
Lelaki yang bernama Charoensak “Tony” Phosichai atau lebih dikenali sebagai Uncle Tony itu teruk dikecam oleh warganet kerana memakai baju tradisional Arab yang merupakan imej umat Islam, sedangkan daging yang dipromosikan olehnya itu merupakan daging babi.
Dapat dilihat dalam video tersebut, Uncle Tony memakai thobe (jubah dalam Bahasa Melayu) dan penutup kepala Keffiyeh (serban dalam Bahasa Melayu), yang secara tradisinya dikaitkan dengan umat Islam, di mana ia selalunya digunakan ketika solat atau upacara keagamaan.
Hai! Selamat Hari Songkran! Semoga anda semua kaya dan sihat. Mari kita raikan Tahun Baru Thai! Sesiapa yang berminat untuk mencuba daging babi panggang boleh berkunjung ke Krua Long Tony.
@khlipdedkhawronลุงโทนี่ ออกมาขอโทษแล้ว ยันไม่มีเจตนาลบหลู่ หลังทำคอนเทนต์ ใส่ชุดโต๊ปขายหมูหัน #ลุงโทนี่ #ชุดโต๊ป #มุสลิม #ลุงโทนี่หมูหัน
Undang kecaman, ‘owner’ mohon maaf & tiada niat menghina
Bukan saja mengundang rasa kurang senang dikalangan umat Islam, bahkan yang bukan Islam di Thailand turut tidak setuju dengan tindakannya.
Sedar dengan kesilapan yang dilakukan, Uncle Tony tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui dirinya tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina mana-mana agama.
Saya mempunyai ramai kawan dalam komuniti Islam. Saya telah pun memadamkan video tersebut. Saya sekali lagi memohon maaf setulus-tulusnya atas apa yang telah saya lakukan.