Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Tun.
Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.
Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, insya-Allah.
Anwar turut memuji gaya hidup sihat serta sumbangan berterusan Tun Mahathir yang menjadi teladan kepada negara yang sedang menua tetapi masih penuh harapan.
Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar dan mencatat sejarah apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali.
Beliau pertama kali menyandang jawatan tersebut pada Julai 1981 dan berkhidmat selama 22 tahun sehingga 2003 tempoh paling lama dalam sejarah negara dan Asia Tenggara.
Pada tahun 2018, Tun kembali sebagai Perdana Menteri ke-7 pada usia 93 tahun, menjadikannya pemimpin tertua yang memegang jawatan itu dalam sejarah dunia.
Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.