“Semoga Allah Terima…” – Tudung Direntap & Tiada Stoking, Zizi Kirana Kongsi Cara Aktivis Solat Di Penjara

Trending

“Semoga Allah Terima…” – Tudung Direntap & Tiada Stoking, Zizi Kirana Kongsi Cara Aktivis Solat Di Penjara

Penyanyi Zizi Kirana berkongsi antara pengalaman buruk dilaluinya ketika menjadi tahanan di penjara Israel di mana mereka terpaksa menggunakan t shirt sebagai tudung.

Kongsi Zizi, dia dan Ardell antara yang terawal sampai di penjara berkenaan dan mereka berada di sana selama tiga hari dua malam.

Advertisement

Tambah penyanyi lagu Eh! itu lagi, sepanjang tempoh berkenaan dia dan Ardell sentiasa berborak dan berfikiran positif tentang bila mereka akan dibebaskan.

Saya dengan Ardell berborak masa dekat sel. Kitorang macam ‘Bila eh kita nak dapat keluar ni? Mesti diorang (kerajaan) tengah uruskan’. Kita sentiasa berfikir positif.

Zizi Kirana Sumud Flotilla

Bukan itu sahaja, Zizi juga menceritakan bagaimana mereka menunaikan solat dalam keadaan sedemikian apatah lagi selepas mereka dipaksa membuka tudung.

Kita 3 hari dua malam (di penjara). Dengan t shirt putih kita jadikan tudung. Kemudian kita solat, kita tak ada stokin. Jadi, kitorang pakai selimut untuk tutup kaki. Pastu kita solat macam tu, dengan niat semoga Allah terima (solat).

Isteri kepada aktor Yusuf Bahrin itu juga mendedahkan dia langsung tidak menerima semula semua barangan miliknya kerana telah dirampas rejim Israel, kecuali hanya pasport.

Zizi turut menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia atas usaha membebaskan mereka dan juga kepada kerajaan Turki yang menyediakan kemudahan selama di negara itu.

ardell muka lebam
2025-10-06 10:32:08

Foto Ardell Tular Di Media Sosial, Jelas Kesan Lebam Di Muka Buat Ramai Sebak - "Luluhnya Hati Tengok.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...