“Semoga Allah Beri Balasan Setimpal..”- Suami Nora Ariffin Buka Mulut Isu Fitnah

Hiburan

“Semoga Allah Beri Balasan Setimpal..”- Suami Nora Ariffin Buka Mulut Isu Fitnah

Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin tampil memberi respon mengenai kenyataan sesetengah individu yang menuduh isterinya telah merahsiakan perkahwinan sejak dua tahun lalu dan memaksa dia menceraikan isteri pertamanya.

Dr Rushdi Ramli,55, menyifatkan bahawa dakwaan tersebut merupakan satu fitnah yang berniat jahat serta telah mencemarkan nama baik dan perkahwinan mereka.

Advertisement

Sehubungan itu, Rushdi berharap mereka yang terlibat dalam fitnah itu akan menerima hukuman setimpal di atas perbuatan tidak bermoral itu.

“Bismillahirahmanirahim, saya bernama Rushdi Bin Ramli secara jujur dan ikhlas menjelaskan bahawa segala kenyataan yang diviralkan saat ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan saya dan Datuk Nora Ariffin..” ujar Rushdi.

Ia adalah suatu fitnah, tohmahan berniat jahat dan buruk. Semoga Allah S.W.T memberikan balasan yang setimpal terhadap orang yang berniat jahat terhadap kami.

Terdahulu, sebuah portal hiburan telah menulis bahawa Nora sebenarnya telah mendirikan rumah tangga dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu dua tahun yang lalu.

Malah, tular pula tangkap layar perbualan antara Nora dan suami yang meminta lelaki itu untuk menceraikan isteri pertamanya.

Berikutan itu, penyanyi itu menafikan sekeras-kerasnya tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dan menganggap ia satu fitnah yang tidak berasas sama sekali.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan pula status suaminya itu sebelum ini sudah mempunyai isteri ataupun duda sebelum bernikah dengan Nora.

Sekadar info, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu telah mendirikan rumah tangga bersama Rushdi yang juga kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam sebuah majlis tertutup baru-baru ini.

Nora dan suami
2 years ago

(TAHNIAH) Secocok Dan Sepadan, Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri Kepada Dr Rushdi Ramli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...