“Semoga Aisyah Jumpa Lagi Baik Dari Kau!” – Titip Ucapan ‘Anniversary’ Ke-6 Tapi Kahwin Lain, Netizen Maki Alif Teega Habis-Habisan

Trending

“Semoga Aisyah Jumpa Lagi Baik Dari Kau!” – Titip Ucapan ‘Anniversary’ Ke-6 Tapi Kahwin Lain, Netizen Maki Alif Teega Habis-Habisan

Isu pempengaruh Alif Teega berkahwin lagi satu masih belum tenang, setiap platform media sosial dipenuhi dengan video-video lama Alif yang disifatkan sebagai lelaki ‘penipu’ kerana sering berjanji manis terhadap isteri, Aisyah Hijanah.

Melalui satu hantaran video yang dimuat naik oleh influencer itu sebelum pengumuman dirinya kahwin satu lagi, Alif atau nama sebenar, Mohd Hazalif Mohd Hazani mengucapkan terima kasih buat Aisyah serta luah rasa syukur kerana menjadi suami buat isteri tercinta.

Advertisement

Terima kasih atas segala kesabaran pengorbanan menjalani hidup sebagai bidadari hatiku.

@alifteegaSelamat ulangtahun pernikahan yang ke 6 buat isteriku Aisyah Hijanah (25/11/2017) Terima kasih atas segala kesabaran pengorbanan menjalani hidup sebagai bidadari hatiku. meredhai segala ketentuan dan ketetapan dari Ilahi. Susah dan senang bersama hingga saat ini. Jaga dan pelihara keluargaku, Khadeejah dan hassan sebaiknya. Tiada apa yang dapat aku balas melainkan Tuhan ganjarkan syurga firdaus buatmu, asbab keredhaan dan bersyukurnya menjadi suamimu. Bahagia. Sepanjang 6 tahun ini, begitu banyak dosa dan kesilapanku. Tapi aisyah masih disini, sabar redha dan serah semuanya pada Allah. Memaafkan dan bertahan atas apa sahaja takdir yang hadir. Apa yang Aisyah buat memerlukan iman dan taqwa. Subhanallah hebat! Demi Allah, aku mencintaimu hingga syurga ❤️ @aisyahhijanah

♬ Forever and Ever and Always (The Softer Version) – Ryan Mack

Bahkan, Alif memuji sikap isterinya yang disifatkan sebagai wanita hebat kerana kekal setia walaupun banyak kekhilafan yang dilakukannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap pempengaruh tersebut serta merasakan Alif tidak sepatutnya melakukan hal seperti itu sewaktu isteri sedang sarat hamil.

komen

komen

Bahkan, ada yang mahu memboikot buku keluaran Alif yang sebelum ini sememangnya menjadi pilihan ramai.

alif teega
1 year ago

"Banyak-Banyak Alif, Aliff Satar Je Yang Tok Abah Berkenan" - 'Tweet' Dato' Fadzilah Kamsah Curi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...