“Semoga Ada Yang Menemani PSL Dan Anak-Anak Holiday” – Patimah Kongsi Video Menantu Kesayangan, Beri Restu Puteri Sarah Kahwin Lagi

Hiburan

“Semoga Ada Yang Menemani PSL Dan Anak-Anak Holiday” – Patimah Kongsi Video Menantu Kesayangan, Beri Restu Puteri Sarah Kahwin Lagi

Isteri kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail mencuri tumpuan apabila dia ada memuat naik satu hantaran di Instastory pada Ahad lalu.

Patimah dalam hantaran tersebut telah memuat naik video pendek memperlihatkan menantu, Puteri Sarah dan dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah yang sedang berada di lapangan terbang.

Advertisement

Rakam video menantu dan cucu bercuti

Semoga ada yang menemani..

Apa yang menarik perhatian adalah apabila ibu kepada Syamsul Yusof itu menitipkan doa buat menantunya agar dipertemukan jodoh yang baik dan dapat menemani mereka anak-beranak ketika bercuti.

PSL

Semoga ada yang menemani PSL bersama anak-anak holiday. Insha Allah.

Sebelum ini, Datin Patimah ada meluahkan rasa terkilan apabila kehilangan besan yang baik dan berhati mulia.

Amat terkilan kehilangan besan yang baik bagi kami dan mentua yang baik bagi Syamsul Yusof.

Terdahulu, anak sulung Patimah dan Yusof Haslam itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah Liyana pada tahun 2014 sebelum bercerai pada 13 Jun 2023 yang lalu setelah terpalit dengan beberapa siri kontroversi membabitkan rumah tangga mereka.

Syamsul kemudiannya bernikah dengan wanita kontroversi, Ira Kazar pada 5 Januari di Thailand, berwalikan pelakon Kazar Saisi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahirah
11 months ago

"Klepek Klepek Sama Bekas Aku" - Makin Panas, Kapsyen Fathia Latif Ejek Zahirah MacWilson Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...