Pelakon Zarina Zainuddin, mencuri perhatian netizen apabila memuat naik video dirinya membaca Selawat Tafrijiyyah dan mendendangkan lagu nasyid “Iktiraf” di Instagram.
Apa yang lebih mencuri tumpuan bukan hanya kerana keberaniannya menyanyi secara terbuka, tetapi juga kapsyen jujur dan bersahaja yang ditulisnya.
“Saya bukan penyanyi dan tiada niat pun nak buat album. Semoga sama-sama dapat kebaikan walaupun telinga korang naik bengkak, tumbuh bisul dengar suara saya yang tak sedap ni,” tulis Zarina di Instagram.
Menurut Zarina, dia hanya ingin berkongsi sesuatu yang baik dan menenangkan, walaupun sedar dirinya bukan penyanyi profesional. Baginya, yang penting adalah niat dan mesej, bukan persembahan suara.
Video tersebut menunjukkan Zarina menyampaikan selawat dan nasyid dalam suasana penuh rasa, dengan harapan ia dapat memberi ketenangan kepada mereka yang mendengar.
@zarinazainuddinzz Lepas n#post video ni ada pulak orang meninggal ?.. Saya nak bagitahu saya bukan penyanyi dan tiada niat pun untuk buat album .. semuga sama2 dapat kebaikkan walaupun telinga korang naik bengkak tumbuh bisul dengar suara aksk yg tak sedap ni ..
Namun, kebanyakan netizen memahami maksud sebenar perkongsian tersebut dan menganggap Zarina hanya ingin menyebarkan kebaikan, walaupun dengan cara yang tidak biasa.
“Tak kisah suara macam mana pun, niat Kak Zarina tu baik. Semoga Allah balas dengan pahala.”
“Kreatif dan ikhlas, tapi mungkin boleh disampaikan dengan cara lain yang lebih lembut untuk semua telinga,” komen netizen.
Video selawat tersebut turut dikongsikan semula di TikTok dan mendapat perhatian warganet yang rata-rata terhibur tetapi pada masa sama menghargai keikhlasan Zarina menyampaikan dakwah dalam caranya tersendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.