Tidak mengetahui apakah penyakit yang dihidapinya, penyanyi rock terkenal, Datuk Awie kini dirawat di hospital Ampang Puteri selepas mengadu sukar untuk bernafas. Difahamkan, beliau sudah mengalami masalah itu sejak seminggu lalu.
Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafas la. Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggu la sakit ni.
Memerlukan rehat yang secukupnya, Awie memohon maaf kerana terpaksa membatalkan persembahannya bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong.
Semoga segala rawatan dipermudahkan dan harapnya beliau akan cepat sembuh. InshaAllah.