Seminggu Di Pawagam : Kutipan Filem Munafik Kini Cecah 4.3 Juta

Hiburan

Seminggu Di Pawagam : Kutipan Filem Munafik Kini Cecah 4.3 Juta

Wow! Nampaknya filem Munafik mendapat sambutan yang cukup hangat oleh rakyat Malaysia apabila bercaya mencecah kutipan RM 4.3 juta selepas  seminggu ditayangkan di pawagam.

Malah, pengarahnya Syamsul Yusof juga tidak percaya bahawa filem tersebut akan menjadi satu fenomena selepas lama tidak muncul dengan karya baharu.

Advertisement

Setakat semalam, sambutan yang diberikan terhadap filem ini sangat luar biasa. Insya-Allah, dicampur dengan kutipan dilakukan malam ini, Munafik mampu memungut RM4.3 juta dalam masa tujuh hari di pawagam.

Maklumlah, saya ingatkan peminat sudah melupakan saya. Apa pun, sokongan ini seperti mengingatkan diri saya, kualiti sesuatu karya yang dihasilkan itu perlu dijaga sampai bila-bila.

Munafik mendapat ulasan yang agak baik daripada penonton juga pengkritik filem. Buat mereka filem ini penuh dengan kejutan dan menyelitkan unsur Islamik dengan mesej yang baik buat masyarakat.

Filem tersebut mula ditayangkan di 112 pawagam di seluruh negara, termasuk Brunei dan Singapura sejak 25 Februari lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...