Sembuh COVID-19 Walaupun Umur Dah 91 Tahun, Alif Satar Kongsi Berita Gembira Datuk Kesayangan Bebas Wabak

Hiburan

Sembuh COVID-19 Walaupun Umur Dah 91 Tahun, Alif Satar Kongsi Berita Gembira Datuk Kesayangan Bebas Wabak

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar baru-baru ini telah berkongsikan berita gembira apabila datuk kesayangannya, Mohamad Che Noh atau lebih mesra dipanggil Pak Wan telah pulih daripada penyakit COVID-19.

Menurut Alif, Pak Wan kini sudah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh akibat positif wabak itu.

Advertisement

Dia dilihat memaklumkan mengenai perkara itu menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by Alif SatarĀ®? (@alifsatar)

“Itu Pak Wan saya, pesakit COVID-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta dan bersedia untuk pulang ke rumah!”

Alif dalam pada itu turut mengucapkan syukur tak tehingga kepada Allah S.W.T kerana telah menyembuhkan datuk kesayangannya itu. Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang mendoakan kesihatan Pak Wan.

View this post on Instagram

A post shared by Alif SatarĀ®? (@alifsatar)

Perkembangan terkini, Alif difahamkan masih berada di Hospital Melaka dan sedang menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19 pada minggu lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...