Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik beberapa pemimpin menerusi satu temuramah ekslusif portal Straits Times(ST) baru-baru ini.
ST menemuramah TMJ berkenaan pendirian beliau dengan keadaan politik di Malaysia dan di mana pendirian Johor tentang perkara ini.
Di dalam video tersebut, TMJ mengkritik mentaliti beberapa pemimpin dan juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.
“Kamu boleh tengok orang-orang yang mewakili negara saya?“, tanya TMJ kepada wartawan.
“Saya tak ada rahsia mengenai perkara itu. Kamu boleh lihat mentaliti mereka, kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan
“Anda(pemimpin) sepatutnya sembah Tuhan dan berkhidmat untuk masyarakat, bukan sembah PM dan berkhidmat untuk masyarakat“, tegas TMJ.
“Kemudian saya mula terfikir, Oh Tuhan, kita di tempat yang sama(Malaysia). Apa yang akan berlaku pada Johor di masa hadapan? Apa yang akan berlaku pada rakyat Johor di masa hadapan?”, kata TMJ sambil berkata beliau berharap agar perkara ini berubah satu masa nanti.
“Jika saya tak boleh ubah apa yang berlaku di atas sana, saya lebih selesa perbetulkan beberapa perkara di sini “, sambung beliau lagi.
TMJ juga turut berkata mereka yang mencemuh inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Johor sebagai ‘takutkan bayang sendiri’.
“Sejujurnya, ramai yang akan berkata, Ooo Johor akan datang dengan bank mereka sendiri, tentera mereka sendiri blablabla itu dan ini
“Saya rasa orang-orang ini adalah mereka yang takutkan bayang-bayang sendiri
“Kerana jika anda benar-benar membuat analisa dengan betul, kami cuma mahu memberi khidmat kepada rakyat dengan sebaiknya“, kata TMJ.