Tidak salah untuk kita beraktiviti lasak, asalkan aspek keselamatan dititik beratkan dan menjaga persekitaran awam dengan baik.
Namun baru-baru ini di negara seberang, beberapa pendaki telah dilaporkan sesat ketika mendaki di Gunung Soputan, Sulawesi Utara pada Ahad lalu.
Malah, ada anak kecil berusia 3 tahun turut dibawa pasangan ibu bapa yang menyertai aktiviti pendakian tersebut.
Berikutan itu, pihak berkuasa negara itu telah dilaksanakan dengan segera setelah mereka menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Setelah 2 hari, pihak berkuasa telah menemui kesemua pendaki namun kanak-kanak tersebut dilaporkan telah mengalami gejala hiportemia.
Kanak-kanak malang itu kemudiannya dibawa turun ke dari kawasan ‘hiking’ menggunakan motosikal untuk dirawat di hospital.
Menurut laporan, pasangan suami isteri itu telah membawa anak mereka melakukan aktiviti lasak itu hanya kerana ingin mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa kes seumpama itu adalah pertama kali berlaku kerana tidak pernah ada pendaki yang membawa anak kecil ke gunung berkenaan. – Detik.com
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.