Pelakon filem bollywood, Taapsee Pannu mengakui dia berpura-pura menjadi ‘bodoh’ dan mengubah imej semata-mata untuk diterima menjadi bintang filem dalam industri perfileman Bollywood.
Jelas Taapsee, awal-awal lagi dia diberitahu jika mahu diambil berlakon dalam filem Bollywood, dia perlu mengubah penampilan supaya kelihatan lebih glamor dengan perwatakan diva.
Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, dia berusaha keras untuk mengubah diri sendiri menjadi seperti apa yang diinginkan.
Bahkan, saya juga perlu berpura-pura ‘bodoh’ sebab mereka kata, wanita cantik selalunya tidak mempunyai otak.
Tambahnya lagi, dia bagaimanapun tidak selesa dengan apa yang dilakukan kerana tidak menjadi diri sendiri.
Bagaimanapun, pelakon yang memulakan debut pertamanya menerusi filem Chashme Baddoor itu berkata dia menjadikan semua itu sebagai pengajaran supaya jangan membiarkan orang lain mengubah diri kita semata-mata untuk mengejar impian.