Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Semanis Vanilla Coklat, Izara Aishah Hiasi Muka Depan Majalah By’U

Awek pujaan ramai sekarang ini pada pendapat Abang Nara tak lain tak bukan ialah Izara Aishah. Semua ini kerana drama Vanilla Coklat yang telah tamat semalam. Dengar cerita ramai jugak yang hadir untuk menonton episod terakhir Vanilla Coklat di Rasta TTDI semalam. Yang hadir pastinya gembiranya kerana dapat berjumpa dengan Izara.

izara aishah

Advertisement

Apa yang Abang Nara kagumi dengan Izara Aishah ialah sikap keterbukaannya. Izara tanpa segan silu mengakui yang hatinya sudah berpunya. Senang cerita, dah ada pakwe la. Ini sangat berbeza dengan sikap sesetengah selebriti lain yang memang kalau boleh taknak mengaku walaupun dah kantoi terang-terangan. Abang Nara rasa Izara faham dengan mentaliti rakyat Malaysia sekarang yang lebih memandang bakat berbanding kisah kontroversi.

Apa pun jangan lupa dapatkan majalah By’U keluaran April 2012 yang sedang hangat di pasaran kerana ada Izara Aishah selaku cover. Kepada Izara, Abang Nara doakan kejayaan anda di dalam bidang lakonan. Kekalkan sikap merendah diri, bebas kontroversi dan paling penting, teruskan mendalami ilmu lakonan sebanyak mana yang boleh.

P.S: Gadis minum minyak gas kerana sedap.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

73 Comments

  1. vc

    April 5, 2012 at 11:39 am

    hmmm….maybe dia kwn ngn yg baru bukak kedai beskal avanti tu kotttttt………….

  2. aiman

    April 2, 2012 at 9:45 pm

    Gadis melayu bukan semua nya lembut ok..aku lebih suka sikap izara mcm ni coz dia x hipokrit..selalu nya perempuan bajet ayu semuanya hipokrit nk tunjuk baik konon

  3. Danniel Kit

    March 19, 2012 at 1:37 pm

    Suka sangat Izara Aishah ..lakonan pun best sangat… harap dapat menang ABP..
    jangan la komen yang negative sangat..especially tutur kata tu.. kita orang Malaysia terkenal dengan adap sopan…jadi kalau nak tegur…biarlah dengan cara yang elok…

  4. karut

    March 17, 2012 at 3:22 pm

    Tak begitu suka dengan lakonan izara. dia seorang perempuan yang kasar; baik dari segi tutur kata malah perlakuannya. tiada istilah sopan santun gadis melayu, tapi lebih kepada gadis moden yang agresif. sayang skali..rupa yang cantik dan ayu tidak menggambarkan peribadi beliau sebegitu.

    • SKODENG SIKIT

      March 18, 2012 at 1:05 am

      nk wt mcm mne…org yg pki tdung pun ade jgk yg kasar…xmnnjukkn prmpuan yg sbnr tp atleast..mreka2 yg kasar ni pmpuan..xubah jantina jd laki kn… dorg bkn mtk jd xayu pun..kl ayu tp prangai xelok buat ape jgk..hehe… my opinion :)

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top