Berbekalkan bajet sebanyak RM3,000 sahaja, Hezline Athera gigih merealisasikan impiannya untuk mempunyai kolam sendiri di rumah. Dengan bantuan adik beradik yang lain, kolam yang sepatutnya menelan belanja RM50,000 berjaya dihasilkan. Yang kagumnya, segalanya dilakukan sendiri daripada proses awal sehinggalah akhir. Tak ada tenaga buruh yang diupah hanya kaum keluarga sahaja yang membantu.
Tiga tahun pendam hasrat nak ada kolam sendiri
Kami adik beradik gather & gotong royong depan rumah, sebab tanah depan rumah belah kanan tu dah tak terjaga. Terus ikat tali dan buat macam pagar, korek tanah.
Oh ya lupa, lepas siap korek tanah, kami jemur tanah tu selama sehari sebab dalaman tanah lembap, nanti tak lekat nak simen (yang ni fikir logik saja lah)
Alhamdulillah sehari panas terik, tanah mula mengering dan masa untuk ikat bata! Tak ada langsung upah buruh atau apa, kami la buruh. Kakak ku ada Dip in Civil Engineering, so basic tu dia tahu la sikit-sikit. Bancuh simen, ikat bata pakai kuasa girl power.
Jangan lupa pipping untuk water flow in and out. Juga wire untuk pasang lampu.
Gerak ke kerja ‘memelas’ dinding. Faham ke? Alah yang nak ratakan simen tepi bata tu. Okay kerja ni abang ipar dan sepupu settle kan. Lepas tu process minyak untuk effect licin pada dinding kolam. Yang hujung kolam tu tempat letak waterpump (beli yang kecil ikut capacity kolam je)