“Semangat Bos, Mesti Lalui Dengan Tabah” – Walau Terpalit Kontroversi Curang, Peminat Tetap Beri Sokongan Pada View Chin

Trending

“Semangat Bos, Mesti Lalui Dengan Tabah” – Walau Terpalit Kontroversi Curang, Peminat Tetap Beri Sokongan Pada View Chin

Skandal di antara pempengaruh TikTok dan pemilik perniagaan, View Chin dan pekerjanya, Mira masih menjadi bualan hangat ramai netizen di media sosial.

Rata-ratanya memberikan kecaman hebat buat mereka berdua selepas isteri View Chin dikenali sebagai Ah Moi membongkarkan kecurangan suaminya itu.

Advertisement

Bukan hanya View Chin, Mira juga turut dikecam teruk oleh warganet kerana mengganggu rumah tangga majikannya apatah lagi mereka dikatakan sering ‘check in’ bersama.

1 year ago

"Acah 'Ladyboss', Arah Orang Itu Ini" - Bekas Staf Dedah 'Attitude' Mira Suka 'Racun' Bos, View Chin Pula Suka Sembang Lucah

Walau bagaimanapun, View Chin menerusi Instagram tetap aktif memuat naik story dan antaranya adalah screenshot mesej diterima daripada pengikutnya.

Menerusi DM, ramai dilihat tetap memberikan sokongan terhadapnya dan mendoakan agar View Chin kuat melalui ‘dugaan’ ketika ini.

Dalam pada itu, dia turut meminta maaf kerana telah membuatkan peminatnya kecewa selain berterima kasih kerana sering memberi sokongan.

Ketika ditanya sama ada apa yang berlaku seperti didedahkan oleh Ah Moi itu benar atau tidak, dia menjawab,

Saya tak boleh cakap apa apa tapi moment ini akan lepas punya. Kekal positif.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...