Skandal di antara pempengaruh TikTok dan pemilik perniagaan, View Chin dan pekerjanya, Mira masih menjadi bualan hangat ramai netizen di media sosial.
Rata-ratanya memberikan kecaman hebat buat mereka berdua selepas isteri View Chin dikenali sebagai Ah Moi membongkarkan kecurangan suaminya itu.
Bukan hanya View Chin, Mira juga turut dikecam teruk oleh warganet kerana mengganggu rumah tangga majikannya apatah lagi mereka dikatakan sering ‘check in’ bersama.
Walau bagaimanapun, View Chin menerusi Instagram tetap aktif memuat naik story dan antaranya adalah screenshot mesej diterima daripada pengikutnya.
Menerusi DM, ramai dilihat tetap memberikan sokongan terhadapnya dan mendoakan agar View Chin kuat melalui ‘dugaan’ ketika ini.
Dalam pada itu, dia turut meminta maaf kerana telah membuatkan peminatnya kecewa selain berterima kasih kerana sering memberi sokongan.
Ketika ditanya sama ada apa yang berlaku seperti didedahkan oleh Ah Moi itu benar atau tidak, dia menjawab,
Saya tak boleh cakap apa apa tapi moment ini akan lepas punya. Kekal positif.”