Semalam Bersama Altimet, Memang Menyeronokkan

Hiburan

Semalam Bersama Altimet, Memang Menyeronokkan

Altimet. Anda kenal atau tidak dengan nama tersebut? Sila jawap dengan jujur. Kalau tak kenal, mungkin anda pernah dengar lagu yang bertajuk “Chantek”?. Ala yang lirik lagu dia bunyi cam kat bawah tue. Kalau nak senang korang tengok jer video klip kat atas tue. Compem terus dapat tau siapa si Altimet nie.

Advertisement

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Ha ingat dah? Takkan tak pernah dengar kot lagu tue. Minggu lepas kami sempat melepak dan berborak dengan Altimet. Memang kata orang tak kenal maka tak cinta.  Kalau dah kenal pun tak boleh nak cinta sebab si Altimet nie lelaki. Lagipun dah jadi laki orang. Dengar ceritanya lagu Chantek kat atas tue pun ditujukan kepada si isteri yang tercinta.

Walaupun berborak sekejap je, kami dah tau yang Altimet ini adalah seorang artis yang berfikiran jauh dan banyak ilmu di dada. Banyak ilmu tue bukan bermaksud ilmu tentang dunia hiburan je, tapi ilmu tentang isu semasa dan macam-macam lagilah. Memang macam-macam topik kami borakkan sampai tak sedar dah larut malam. Kesimpulannya Altimet memang best yang tersangatlah best.

Oleh kerana kebestan Altimet, kami nak mengajak anda layan video klip lagu terbaru Altimet iaitu Syukur. Lagu dia memang dah sedap dah. Video klip memang lagi mantap. Lain daripada yang lain. Korang kena layan video nie dan hayati lirik dia sekali. Kalau rajin turunkan komen sekali nanti ek.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...