Semakin Ramai Yang Hadir Solat Subuh, Alif Satar Terima Anugerah Khas KNKV Viral Award 2024 Sebagai Tanda Penghargaan

Hiburan

Semakin Ramai Yang Hadir Solat Subuh, Alif Satar Terima Anugerah Khas KNKV Viral Award 2024 Sebagai Tanda Penghargaan

Usaha pelakon dan penyanyi Alif Satar untuk meramaikan jemaah Solat Subuh semakin mendapat perhatian apabila fenomena tersebut akhirnya mendapat pengiktirafan daripada penganjur KNKV Viral Award 2024.

Terima anugerah khas

Difahamkan, penganjur KNKV Viral Award 2024 itu akan menamakan Alif sebagai perima trofi angerah khas pilihan juri iaitu KNKV Laureate Influencer Award 2024. Penghargaan tersebut diberikan bagi mengiktiraf usaha pelakon ini dalam memberi kesedaran kepada orang terutamanya dalam kalangan orang muda.

Advertisement

Bukan itu sahaja, fenomena tersebut juga turut terjadi di negara-negara luar termasuklah Singapura, Indonesia, Dubai dan juga Korea Selatan. Hal ini semakin melayakkan Alif untuk mendapatkan penghargaan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Penerima trofi lain

Pada masa yang sama, penganjur KNKV Viral Award 2024 juga memberikan trofi anugerah khas kepada tiga penerima lain yang telah memberi impak dalam industri hiburan. Antaranya adalah penerbit dan pengarah filem, Adrian Teh atas kejayaannya dalam filem Malbatt: Misi Bakara.

Trofi-trofi lain seperti Trofi KNKV Viral Laureate Film Influencer Award 2024 dan juga trofi KNKV Viral Laureate Content Creator Award 2024 masing-masing telah diberikan kepada vloger Zhafvlog dan pempengaruh media sosial, Sofyank.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Untuk info, Anugerah KNKV Viral Award 2024 akan berlangsung pada 20 Februari 2024 di Zepp Kuala Lumpur pada 8 malam.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

alif satar
3 months ago

“Kena Baca Surah Ruqyah Bersihkan Hati” – Individu Pertikai Inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat, Ini Respon Alif Satar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...