Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Semakin Ramai Boleh Solat Jumaat, Alif Satar Titip Pesanan Buat Jemaah Masjid

Personaliti TV dan pengacara serba boleh, Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bersetuju untuk menambah bilangan jemaah bagi solat jumaat dengan jumlah separuh daripada kapasiti sebenar masjid atau surau bermula pada hari ini (Jumaat).

Alif SatarSumber : Instagram Alif Satar  

Berikutan itu, Alif telah tampil memberi sedikit pesanan buat para jemaah yang bakal hadir mengimarahkan masjid dan surau menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Menurut Alif, dia berharap agar mereka yang hadir nanti akan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

“Alhamdullilah..ikut SOP dan jangan lupa bawa sejadah esok. Tak lupa juga pergi awal.” ujarnya.

Memuat naik keratan pengumuman kenyataan media yang telah diwar-warkan oleh JAWI, perkongsian tersebut telah menarik perhatian pengikut serta peminat media sosial Alif Satar.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Ramai netizen dilihat telah menyambut baik perlaksanaan baru kapasiti bilangan solat berjemaah baharu di masjid ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sekadar info, JAWI sebelum ini telah membenarkan solat Jumaat di semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan dengan jumlah 30 orang jemaah sahaja sepanjang perlaksanaan PKP.

SUMBER : Instagram Alif Satar
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama