Penyanyi Nana Sheme,25, memberitahu bahawa dia semakin pulih dan sihat daripada masalah kemurungan yang telah dialami sejak zaman kanak-kanak lagi.
Nana Sheme atau nama sebenarnya, Nabilah Hashimi berkata dia seorang sememangnya suka memendam rasa serta lebih memilih untuk mendiamkan diri sehingga dia terjebak ke dalam masalah kemurungan.
Masalah kesihatan mental itu menurut Nana telah dialaminya sejak dia berusia 12 tahun dan pada ketika itu, dia kurang cakna mengenai ciri-ciri masalah kesihatan mental.
View this post on Instagram
“Saya banyak pendam perasaan dan berdiam diri dengan apa yang dialami. Ia situasi yang tidak baik untuk diri dan bila makin dewasa, saya mula faham apa itu masalah kesihatan mental. Alhamdullilah, sekarang saya makin sihat dan tidak perlu bergantung dengan ubat lagi. Ini kerana hati dan fikiran sudah tenang, termasuk tidak berasa takut untuk bersuara.”
Kini, Nana berasa lebih positif dan bersemangat untuk terus menangani masalah kemurungan yang dialami kerana menyedari bahawa dirinya harus sabar dan reda dengan apa yang telah berlaku.
Ketika ditanyakan mengenai punca kemurungan yang dialaminya dahulu, Nana menjelaskan bahawa ianya berkaitan dengan sebuah tragedi iaitu dia kehilangan ibu tersayang yang telah pergi meninggalkan dunia ketika dia masih kecil.
View this post on Instagram
Disebabkan itu, Nana telah menjadi terlalu sedih dan perasaan duka itu telah dipendam tanpa berkongsi dengan sesiapa.
Perkembangan terkini, Nana yang memiliki ijazah Pengajian Pengurusan Pembinaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah muncul dengan lagu terbaru berjudul Ragu-Ragu pada bulan Mac yang lalu.
Sumber : Harian Metro