Alhamdulillah. Lega Abang Nara mendengar perkembangan terbaru suami kepada Siti Nurhaliza, Datuk K. Selepas terlibat dengan kemalangan di New Zealand, Datuk K telah muncul buat kali pertama menemani isterinya di dalam majlis bertemu dengan Perdana Menteri.
Menurut Datuk K, keadaannya beransur pulih namun masih harus menjalani terapi. Kata Datuk K:-
Alhamdulillah, saya dah beransur pulih tetapi masih melakukan rawatan terapi untuk tangan dan leher. Mungkin perlukan masa sebulan dua lagi untuk pulih sepenuhnya. Hari-hari saya kena buat terapi, pergerakan saya masih terbatas terutama di bahagian leher, yang lain-lain ok. Alhamdulillah.
Semoga Datuk K cepat pulih sepenuhnya dan dapat kembali melakukan kerja seperti sediakala. Sama-samalah kita doakan.
P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI