Personaliti TV, Fedtri Yahya dilaporkan kini semakin pulih dan sihat setelah terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Fedtri berkongsi perkembangan terkininya di ruangan Instagram dengan memaparkan beberapa keping foto terkini untuk tatapan peminat di luar sana.
Menulis ‘Kembali bersiaran di MHI” ringkas di ruangan kapsyen, Fedtri dihujani ucapan syukur daripada netizen serta rakan artis kerana pengacara berusia 39 tahun itu dilihat sudah kembali pulih dan sihat.
Fedtri sebelum ini telah mengalami kecederaan serius di bahagian muka setelah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika melakukan sukan berbasikal pada September yang lalu.