Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Semakin Kurus Dan Gelap, Ibu Terkejut Tengok Keadaan Harris Annuar Usai Isolasi COVID-19

Harris Annuar

Pelakon Harris Annuar menerusi akaun Instagramnnya memaklumkan dia kini sudah menerima kebenaran pelepasan daripada melakukan isolasi usai saja dia bebas daripada jangkitan COVID-19 baru-baru ini.

Instagram Harris AnnuarSumber : Instagram Harris Annuar  

Dia yang menjalani kuarantin kendiri selama 12 hari sejak 4 Januari lalu dikhabarkan telah pulang ke pangkuan ahli keluarga dan turut berkongsi surat pelepasan yang diterimanya daripada Kementerian Kesihatan.

Advertisement

Harris dalam entri terbarunya itu turut memuat naik video memaparkan dia telah membuat kejutan kepada ibunya yang juga usahawan, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton sebaik saja dapat pulang ke rumah.

Kak Ton dalam video tersebut kelihatan sebak melihatkan keadaan anaknya kini yang lebih kurus dan gelap daripada kebiasaan.

View this post on Instagram

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Menggelarkan Harris sebagai Aboi, Kak Ton ternyata amat merindui anak lelakinya itu setelah terpisah selama hampir 2 minggu.

Pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini walau bagaimanapun menjelaskan kepada ibu kesayangan bahawa kehidupannya baik-baik saja sepanjang tempoh kuarantin.

View this post on Instagram

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Terdahulu, Harris Annuar telah disahkan positif COVID-19 selepas dia pulang daripada bercuti di Langkawi, Kedah.

SUMBER : Instagram Harris Annuar
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top