Semakin Berseri Dan Cantik, Ain Edruce Kongsi Penampilan Terkini Sarat Hamil Enam Bulan

Hiburan

Semakin Berseri Dan Cantik, Ain Edruce Kongsi Penampilan Terkini Sarat Hamil Enam Bulan

Pelakon dan juga pengacara, Ain Edruce baru-baru ini ada berkongsikan foto terbarunya sejak disahkan hamil kira-kira enam bulan yang lalu.

Ain EdruceSumber : Instagram Ain Edruce  

Dia yang kini sarat hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama suami tercinta iaituAmirul Hafiz kelihatan semakin cantik dan menawan dek kerana seri ibu mengandung.

Advertisement

Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce yang masih aktif bekerja telah memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan gaya usai saja mengacarakan sebuah program digital.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji kecantikan Ain Edruce sejak mengandung. Malah ada juga rakan artis yang tampil mengusik pengacara tersebut dengan mengatakan bahawa ingin hamil sekali lagi selepas melihat penampilan Ain ketika ini.

Dalam pada itu, ramai netizen menitipkan doa buat Ain agar segala urusan aktres ini dipermudahkan ketika hamil dan melahirkan kelak.

Sekadar info, hos program Hero Remaja 2020 ini telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada 13 Disember 2019 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Ain Edruce

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...