Sebelum ini, kisah rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan, pernah menjadi perhatian ramai apabila dia memadam semua gambar bersama suaminya di Instagram dan memuat naik beberapa kapsyen sedih. Pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan suaminya itu berlaku curang.
Namun, kini Mia mahu membuka lembaran baru dalam perkahwinannya dan enggan lagi memperkatakan mengenai isu curang kerana sudah ‘move on’.
Menurut Mia, dia menganggap perkara buruk yang terjadi itu mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri. Membuatkan dia banyak muhasabah diri.
Saya dan suami alhamdulillah, kami okey dan baik sahaja dan saya bersyukur. Sebenarnya saya dah tak mahu cakap mengenai benda yang dah lepas sebab saya dah move on.
Cuma apa yang saya boleh katakan, jika kita ditimpa satu-satu musibah tu, kita kena banyak muhasabah diri. Mungkin nampak perkara sebegitu tak baik untuk kita, rasa macam kenapa benda macam ini jadi dekat kita… tapi sebenarnya itulah yang terbaik kerana ia perkara yang boleh ajar kita.
Paling penting, banyakkan muhasabah diri, sabar dan Insyallah serahkan segalanya pada yang berkuasa
Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Saif Issa.
Anonymous
November 8, 2019 at 12:39 am
bahagia kepoh
laki curang kepoh
kaki kepoh retis sendu ni
dh puas meroyan baru nk musabahah diri
wilson mat joe
November 7, 2019 at 4:17 pm
tak kira lelaki atau perempuan curang..sekali kau curang..ia tidak akan sama lagi..tidak akan sama lagi, sampai kau mati..kau boleh maaf, tapi kau tak boleh lupa…tak kira kau curang dgn negro ke, budak sabah ke, dgn tauke pub india ke..
hanyainginbahagia
November 7, 2019 at 3:30 pm
doakan je la yang baik-baik buat mereka, jgn lupa apa yg kita doakan akan berbalik pada diri kita sendiri, moga suaminya berubah dan moga hubungan rumahtangga mereka kembali bahagia dan tenang, aamiin.