Semakan MRSM 2026: Antara Syukur, Sebak dan Dilema Ibu Bapa

Hiburan

Semakan MRSM 2026: Antara Syukur, Sebak dan Dilema Ibu Bapa

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi Tahun 2026 mencetuskan pelbagai emosi dalam kalangan ibu bapa di seluruh negara, daripada rasa syukur dan bangga hinggalah kepada dilema serta kesedihan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pengguna bernama Nass Mernas meluahkan rasa syukur apabila anak bongsunya berjaya menjejakkan kaki ke MRSM Beseri, Perlis. Lebih bermakna, kejayaan itu melengkapkan tradisi keluarga yang kesemuanya merupakan lepasan MRSM.

Advertisement

MRSM

“Selamat datang ke kelab adik. Lengkap satu keluarga jadi anak Mara. Walaupun ada sekolah berasrama penuh lima minit dari rumah, tetap buat permohonan masuk MRSM sebab ada ayah Mara,” tulisnya.

Difahamkan, anak bongsunya menerima tawaran bagi kemasukan Tingkatan 1, sekali gus menjadikan seluruh ahli keluarga tersebut alumni MRSM.

Namun, tidak semua ibu bapa meraikan berita itu dengan perasaan gembira sepenuhnya. Seorang lagi pengguna Facebook, Eyqa Roslan, berkongsi perasaan bercampur-baur apabila anaknya turut menerima tawaran MRSM, namun lokasinya terlalu jauh dari rumah.

“Alhamdulillah, kakak dapat MRSM, tapi jauh yang amat. Berbelah bahagi sangat rasanya. Anak kata ‘ikut mommy lah, kalau mommy bagi tapi jauh sangat’,” katanya.

Menurut Eyqa, jarak hampir 450 kilometer dari Rawang membuatkan dia berfikir panjang, meskipun ramai rakan dan kenalan memberi kata-kata semangat kerana MRSM berkenaan terkenal dan anaknya telah berusaha keras untuk mencapai tahap tersebut.

Tinjauan di media sosial turut mendapati ramai ibu bapa lain berkongsi rasa syukur atas kejayaan anak-anak, selain tidak lupa menitipkan kata semangat buat mereka yang belum berjaya.

“Tahniah anakanda kami telah diterima masuk ke MRSM tahun hadapan. Tahniah juga buat semua anak-anak yang telah diterima masuk,” tulis seorang pengguna.

“Hari ini ramai ibu ayah gembira anak-anak terpilih masuk sekolah berasrama penuh dan MRSM. Anak saya tidak berjaya, tapi ini bukan penamat perjuangannya,” komen seorang lagi ibu.

Semakan MRSM 2026 sekali lagi membuktikan bahawa setiap kejayaan hadir bersama pengorbanan, dan setiap kegagalan pula bukan noktah akhir dalam perjalanan pendidikan anak-anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pagenat lelaki
2025-12-25 14:15:50

Tular Video Lelaki Menang 'Award' Pakai Gaun Terbelah Paha, JAWI Ambil Tindakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...