Semak & Mohon Wang Tidak Dituntut Secara Online, Portal Atas Talian Sedang Dibangunkan.

Trending

Semak & Mohon Wang Tidak Dituntut Secara Online, Portal Atas Talian Sedang Dibangunkan.

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia. JABATAN Akauntan Negara Malaysia (JANM) difahamkan sedang dalam proses membangunkan portal semakan dan permohonan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara atas talian.

Advertisement

Menurut JANM, sistem itu dijangka akan beroperasi tahun depan. Ketika ini, pengguna boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.

“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.

Dalam masa yang sama, JANM turut berkata bahawa WTD tidak mempunyai tarikh luput.

“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM,” katanya, lapor Harian Metro.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...