Semak Duit Tak Dituntut Dengan eGUMIS, Mana Tahu 2020 Ini Anda Jadi Jutawan

Kehidupan

Semak Duit Tak Dituntut Dengan eGUMIS, Mana Tahu 2020 Ini Anda Jadi Jutawan

Bermula 1 Januari 2020, anda boleh menyemak wang yang tak dituntut secara atas talian melalui eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System. Sistem tersebut boleh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk mempercepatkan proses semakan secara atas talian.

Sistem yang baru dilancarkan ini juga adalah untuk memudahkan proses semakan wang yang tidak dituntut terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Advertisement

wang tak dituntut

Jika diikutkan pada laporan sehingga 31 Oktober 2017, jumlah wang tak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan daripada urusan perbankan.

Kategori wang tak dituntut

Wang yang perlu dibayar mengikut sisi undang-undang  kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.

  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

  • akaun pemiutang dagangan
  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Semakan secara atas talian boleh dilakukan di portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia sekiranya anda ingin membuat semakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...