Seludup Petrol Ke Negara Jiran Guna Saluran Paip Di Dasar Sungai

Trending

Seludup Petrol Ke Negara Jiran Guna Saluran Paip Di Dasar Sungai

Tidak dinafikan, berita tentang kes seludup barang ke negara jiran atau dari negara jiran sememangnya antara jenayah yang selalu kita lihat di kaca televisyen dan dan sering muncul di dada-dada akhbar. Boleh dikatakan, ia bukanlah satu jenayah yang asing lagi dalam negara kita.

Antara barang yang selalu diseludup oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini termasuklah rokok, dadah dan ketum. Bukan setakat barang terlarang sahaja, barangan harian seperti daging, gas dan petrol juga banyak yang diseludup ke negara jiran.

Advertisement

1 year lalu

Seludup Dadah Di Pakaian Dalam, Bekas Pramugari Malindo Air Dipenjara Di Australia

Faktor yang mendorong individu tersebut untuk melakukan perkara sedemikian lalu menyebabkan jenayah ini banyak berlaku adalah kerana permintaan yang tinggi dari negara jiran serta hasil penyeludupan mampu mendatangkan keuntungan yang lumayan.

Seludup petrol ke negara jiran menggunakan saluran paip merupakan modus operandi terbaru penyeludup bahan api.

Menurut laporan BERNAMA, Batalion Ke 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) yang menjalankan Op Benteng Covid di sempadan Malaysia-Thailand telah berjaya mengesan modus operandi terbaru yang digunakan oleh penyeludup bahan api iaitu dengan menyalurkan terus petrol ke negara jiran menggunakan saluran paip.

Advertisement

Memetik kata-kata daripada Pegawai Pemerintah PGA9 iaitu Supritendan Nor Azizan Yusof, penyeludup bahan api tersebut bertindak menggunakan saluran paip getah sepanjang 300 meter dan disambungkan merentasi Sungai Golok melalui dasar sungai ke negara jiran.

Tambah beliau lagi, modus operandi penyeludup tersebut berjaya dikesan oleh sepasukan anggotanya yang sedang membuat rondaan di Pangkalan Haram Kertas di Gual Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas semalam.

Sebuah kenderaan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan telah dikesan anggota pasukan ketika memasuki pangkalan haram pada pukul 9 pagi. Pegawai dan anggota yang sedang meronda dan membuat pemerhatian kemudiannya telah menyerbu kenderaan tersebut.

Hasil pemeriksaan dalam kenderaan mendapati terdapat dua tong berwarna putih berisi petrol dan dua lagi tong berisi petrol serta enjin pam lengkap dengan paip getah menuju ke pembentong simen juga dijumpai berhampiran dengan kawasan tersebut.

Seludup Petrol Ke Negara Jiran

Enjin pam disambung ke paip PVC yang digunakan untuk menyalurkan petrol ke negara jiran – Sumber BERNAMA

Jelas Supritendan Nor Azizan Yusof lagi, pemeriksaan lanjut di dalam lubang pembentong tersebut pula menemukan satu lagi enjin pam dengan saluran paip dipasang menuju ke dasar sungai dan terus ke tebing sungai di negara jiran, ia disyaki digunakan untuk kegiatan penyeludupan bahan api.

Susulan kejadian tersebut, pemandu kenderaan yang berusia dalam lingkungan 40-an telah ditahan untuk soal siasat di Balai Polis Rantau Panjang manakala kesemua barangan dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan tersebut telah dirampas pihak PGA9.

Anggaran rampasan tersebut adalah sebanyak RM15,522 termasuk kenderaan, petrol serta peralatan yang digunakan. Kesemua barang dan kes diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...