Seludup Masuk Drama Squid Game, Pelajar Dihukum Mati Di Korea Utara

Hiburan

Seludup Masuk Drama Squid Game, Pelajar Dihukum Mati Di Korea Utara

Menurut laporan akhbar Mirror UK, seorang pelajar Korea Utara telah dihukum mati oleh skuad penembak negara itu berikutan dia telah ditangkap menyeludup salinan digital siri drama Netflix popular Korea Selatan, Squid Game.

Pelajar malang itu dipercaya telah menyeludup masuk salinan siri tersebut dari negara China menerusi pemacu USB.

Advertisement

Dia kemudiannya ditangkap selepas pegawai Korea Utara mendapat maklumat daripada beberapa sumber yang mendakwa pelajar itu telah menjual salinan-salinan siri itu kepada beberapa individu lain.

Berikutan itu, pelajar tersebut telah dijatuhkan hukuman mati manakala individu lain yang telah membeli salinan siri itu dilaporkan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan enam lagi yang ditangkap menonton siri itu diarahkan untuk menjalani hukuman melakukan kerja buruh selama lima tahun.

Sementara itu, beberapa guru dan pentadbir sekolah yang turut terlibat dalam kes itu telah dipecat dan dihantar untuk bekerja di lombong arang batu atau dibuang daerah ke kawasan-kawasan terpencil di Korea Utara.

Sekadar info, pemerintah Korea Utara telah melaksanakan undang-undang ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reaksioner’ di mana individu yang didapati menonton, menyimpan atau mengedarkan bahan media dari negara kapitalis seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat akan dihukum bunuh.

Hukum pakai android box
2 years ago

Haram Atau Tidak Menggunakan 'Android Box'? Ini Penjelasan Mufti WP Hukum Sebenar Menggunanya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...