Seluar Pelajar Digunting Guru Di Celah Kangkang Kerana Ketat, Lelaki Ini Dedahkan Cerita Sebenar

Trending

Seluar Pelajar Digunting Guru Di Celah Kangkang Kerana Ketat, Lelaki Ini Dedahkan Cerita Sebenar

Guru-guru selalu menyangkakan tindakan-tindakan mereka itu betul, terutamanya dalam soal mendisiplinkan pelajar. Tetapi dalam situasi tertentu, mungkin sebenarnya apa yang dilakukan itu tidak sepatutnya dilakukan?

SeluarAN

Advertisement

GAMBAR HIASAN

Pengguna Facebook, Ir Meor Shamshir, telah menceritakan satu situasi di mana seorang wanita yang dikenalinya datang untuk meminta bantuan, kerana seluar sekolah anak lelakinya digunting guru di celah kangkang akibat seluar itu ketat. Namun ada cerita yang meruntun jiwa di sebaliknya.

Merujuk kepada status tersebut, wanita bernama ‘Su’ itu bertemunya pada 23 Disember lepas dan kejadian ini berlaku di Kelantan. Ikuti tulisannya:

GUNTING DALAM SELUAR

Su penjual kek datang rumah petang tadi. Su tinggal di Pengkalan Chepa. Menjadi rutin Su, setiap Jumaat dia akan datang ke rumah kami menjual kek.

Kalau bisness dia tak menjadi, kami akan borong kek dia dan bagi jiran-jiran merasa.

Su adalah seorang ibu yang menanggung 7 orang anak. 5 bersekolah. Yang sulung anak lelaki. Tahun depan naik Tingkatan 5.

Petang tadi, dia memohon bantuan untuk membeli sepasang seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya. Isteri saya tanya berkenaan anak-anaknya yang lain, sama ada nak pakaian sekolah yang baru atau tidak?

Su kata, anak-anak yang lain tak kisah pakai yang lama. Lagi pun masih elok katanya. Dia hanya nak mohon bantuan untuk belikan seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya saja.

Su cerita, seluar yang anak lelakinya pakai tu dah 2 tahun dipakainya. Ditakdirkan, bulan September lepas, cikgu buat spot check. Akibat kelihatan ketat, cikgu menggunting seluar anaknya di celah kangkang.

Su kata, masa tu, duit nak makan dan wang saku sekolah pun tak cukup, apatah lagi nak belikan seluar yang baru. Masa ni, air mata Su dah mengalir.

Selama beberapa hari, anak sulungnya ke sekolah dengan memakai seluar yang terkoyak di celah kangkang. Semasa di sekolah, akibat seluarnya koyak, Su kata, cikgu bagi anaknya pakai kain pelikat semasa belajar.

Selepas beberapa hari, Su ikhtiar mencari seluar terpakai untuk anaknya. Mujur ada hamba Allah yang sudi sedekahkan. Itu pun ketat juga.

Seperkenalan kami, jarang Su meminta-minta. Dia akan ikhtiarkan mencari rezeki sendiri selagi dia mampu. Mungkin kali ini dia dah ‘pushed to the corner’.

Anak sulungnya itu pula, baik budaknya. Walaupun miskin, dia hormat ibunya. Belum pernah saya dengar Su merungut pasal anak-anaknya.

Saya merayu kepada guru-guru di sekolah supaya melihat anak-anak asuhan anda dengan mata hati. Bukan semuanya pemakai seluar yang ketat itu berfesyen dan sengaja mahu menonjolkan diri mereka.

Pasanglah telinga. Bukalah mata. Ziarahlah anak-anak yang bermasalah ini sebelum menghukum mereka.

Menggunting seluar kerana ketat dan memakaikan kain pelikat kepada mereka apabila seluar yang digunting itu dipakai lagi ke sekolah bukanlah cara mendidik. Itu menghukum dan mengaib namanya.

Bersyukurlah cikgu, seluar cikgu lega sebab poket cikgu lega. Air mata orang miskin jangan dimain cikgu, yang lega boleh jadi ketat dibuatnya nanti…

Ada kalanya apabila kita hidup senang, kita tidak memahami keadaan sebenar orang lain. Harga sehelai seluar sekolah mungkin teramat murah bagi kita, boleh membeli sambil pejam mata, tetapi sebenarnya sangat mahal dan sukar untuk dibeli orang lain. Sama dengan nilai RM 20 pada kanak-kanak ini.

Mungkin atas dasar ini, ada yang tidak menghormati guru seperti sepatutnya. Apa pendapat anda?

Sumber: Ir Meor Shamshir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...