Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Seluar Ketat Nampak Bonjolan, Zizan Razak Minta Maaf

Seperti Zizan Razak, Abang Nara pun suka memakai seluar ketat. Jeans Abang Nara kebanyakannya ‘skinny’ dan ‘slim fit’. Bukan apa, perasaan ‘macho’ sikit bila pakai ketat-ketat nie (padahal lemak je lebih kat peha Abang Nara). Namun apabila Zizan yang mengacara konsert pertama AF2014 muncul dengan memakai seluar ketat sehingga ternampak bonjolan di tempat yang tak sepatutnya, memang kecoh dibuatnya. Terkejut semua orang yang menonton.

zizan razak

Advertisement

Memberi penerangan, Zizan memaklumkan perkara tersebut berada di luar kawalannya. Seluar itu telah pun ditempah mengikut saiznya namun apabila dipakai, terketat pula di bahagian itu. Kata Zizan:-

Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya. Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.

Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan.

Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marh pun. Nak buat macam mana sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula?

Benda pun dah jadi tak boleh nak buat apa dah, tapi untuk minggu depan saya akan lebih peka dan hati-hatilah.

Cuma memang saya tak sedar dari awal lagi sebab banyak aspek lain kena fokus pada malam itu termasuk skrip dan kandungan program.

zizan razak
Tak apa lah Zizan. Cuma minggu ini harap boleh bawak 2,3 helai seluar ‘spare’. Kalau seluar pertama ketat, boleh terus tukar seluar kedua dan seterusnya. Dan jangan lupa suruh Faizal Ismail periksa dulu sama ada seluar tersebut terlalu ketat atau okay sebelum naik ke atas pentas untuk mengacara Akademi Fantasia 2014. Kang tak pasal-pasal kang terkejut lagi para penonton. Hehehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top