‘Selotape’ Nombor Plate Isi Ron 95, Atuk Warga Singapura Didenda RM9,000

Berita

‘Selotape’ Nombor Plate Isi Ron 95, Atuk Warga Singapura Didenda RM9,000

Seorang lelaki warga emas didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan Singapura yang diubah suai menggunakan ‘salotape’ bagi mengisi minyak petrol RON95 di sebuah stesen minyak, awal tahun ini.

Majistret R. Salini menjatuhkan hukuman itu ke atas Orang Kena Saman (OKS), Long Sa Kow, 64, yang juga Penduduk Tetap (PR) Singapura, selepas dia mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah, memetik Harian Metro.

Advertisement

atuk singapura

Mengikut pertuduhan, Sa Kow didakwa sebagai pemandu kereta Volkswagen Jetta kerana mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan milik kenderaan tersebut. Kesalahan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di sini pada pukul 10.30 malam, 2 Januari lalu.

Dalam rayuannya, pihak pembelaan memohon hukuman ringan dengan alasan OKS sudah bersara, tidak mempunyai pendapatan tetap serta menanggung isteri dan dua anak yang masih belajar.

KPDN Johor Siasat Dakwaan ‘Curi’ RON95, Nombor Plat Singapura Ditutup Guna Selotape

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah rayuan tersebut dengan menyatakan hukuman lebih berat wajar dikenakan sebagai pengajaran dan pencegahan supaya kesalahan sama tidak berulang.

“Mahkamah perlu meneliti bahawa perbuatan mengubah nombor plat pendaftaran kenderaan bagi mengisi RON95 yang diperuntukkan khusus untuk rakyat Malaysia adalah satu kesalahan serius. Hukuman berat perlu dilaksanakan demi menjaga kepentingan awam,” hujah Thiviya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM9,000 dan sekiranya gagal membayar, OKS akan dipenjara selama sembilan bulan. OKS bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah mengesan satu video tular di Facebook pada 4 Januari lalu yang memaparkan sebuah Volkswagen Jetta berwarna perak mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di daerah ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-03 18:50:34

KPDN Johor Siasat Dakwaan ‘Curi’ RON95, Nombor Plat Singapura Ditutup Guna Selotape

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...