‘Seller’ Indonesia Jual ‘Pahala’ Di Shopee, Lebih 3 Ribu Terjual & Ada ‘Review’ – “Buat Kalian Yang Banyak Dosa, Recommended Beli”

Kehidupan

‘Seller’ Indonesia Jual ‘Pahala’ Di Shopee, Lebih 3 Ribu Terjual & Ada ‘Review’ – “Buat Kalian Yang Banyak Dosa, Recommended Beli”

Bermacam-macam benda pelik dan tak disangka dijual secara atas talian kita pernah jumpa sebelum ini termasuklah santau, sihir dan ada juga yang jual ‘confident’ di platform e-commerce.

DM Ayu Aziz dan Shuk Sahar
6 years ago

"Macam-Macam Produk Sihir Dijual Online" , Lelaki Ini Dedahkan Penjualan Minyak Sihir Atas Talian

Advertisement

Terbaru, rakyat di negara jiran kita, Indonesia terkejut apabila mendapati ‘pahala’ kini dijual di platform e-commerce terkenal dan lebih mengejutkan ia sudah terjual.

Menerusi hantaran di Instagram, tangkap layar dikongsi memaparkan ‘pahala’ dijual pada harga 100 Rupiah, bersamaan RM0.26 sen di negara itu.

seller Indonesia jual pahala di Shopee

Meksipun tampak seperti gurauan namun sebenarnya seller ‘pahala’ berkenaan sudah menerima untung selepas ‘produk’ dijualnya itu terjual hampir kepada 3,000 pembeli.

Bukan itu sahaja, turut mencuit hati apabila pembeli dilihat turut memberikan review terhadap produk ‘pahala’ yang mereka beli itu.

Pahalanya cepat sekali sampai dan dibawa langsung oleh malaikat, selepas beli ini saya jadi lebih bersinar. Buat kalian yang dosanya banyak recommended sangat beli.

seller Indonesia jual pahala di Shopee

Ruangan komen hantaran Instagram itu dipenuhi pelbagai komen netizen Indonesia malah ada delivery rider yang akui pernah menghantar ‘pahala’ tersebut kepada pembeli.

Ada yang berkata idea tersebut sememangnya dikira sebagai pahala kepada pembeli kerana mereka sebenarnya bersedekah kepada seller berkenaan.

Segelintir individu pula mengkritik dan berpendapat itu adalah taktik pengemis zaman moden yang juga turut melakukan modus operandi sama di Facebook Marketplace.

komen netizen Indonesia komen netizen Indonesia komen netizen Indonesia komen netizen Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...