Dalam keadaan politik tanah air yang menjadi perhatian rakyat sejak kebelakangan ini, tak sangka netizen turut memberi perhatian kepada pakaian yang dipakai oleh ahli politik Tan Sri Annuar Musa. Kelmarin, tular selipar yang disarungkan olehnya ketika menerima kunjungan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sampai menjadi perbualan hangat di serata media sosial.
Terima Kaseh YB TUAN GURU DATO SERI ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS kerana berkunjung kerumah kami…dan turut mendoakan cucu kembar kami.. pic.twitter.com/diWFf5rmMf
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 3, 2020
Merujuk posting yang dimuat naik di laman Twitternya, Tan Sri Annuar Musa dilihat sedang mendukung cucu kembarnya sambil mengenakan selipar berwarna hitam yang berjenama Louis Vuitton iaitu jenama mewah yang sering mendapat tempat dalam kalangan peminat fesyen terutama sekali oleh golongan muda.
Sangat mengejutkan kerana sebaik sahaja entri tersebut dimuat naik, netizen terus membuat semakan mengenai selipar tersebut kerana timbul rasa ingin tahu tentang harga pasarannya.
Mengejutkan apabila seorang pengguna Twitter telah mendedahkan harga selipar itu yang mencecah sehingga RM4,650.
Nasib baik selipar murah pic.twitter.com/cVpYZYTaco
— 4JI (@zonaobi) March 4, 2020
Tak cukup dengan mencari tahu tentang selipar yang disarungnya, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memeriksa harga setiap barangan peribadi Tan Sri Annuar Musa yang tertera di dalam gambar tersebut.
Lagi mengejutkan apabila seorang lagi pengguna Twitter telah memuat naik entri yang jelas menunjukkan nilai jam tangan yang dipakai oleh ahli politik itu.
Jam tangan bernilai lebih RM 1.2 Juta
Semua sibuk pasal selipar Annuar Musa yg harga 4k++ tu. Kau tahu tak jam tangan dia harga berapa? Nah, biar gambar yang berbicara. pic.twitter.com/xLy3sJxyUL
— KMJ (@KMJ_100) March 4, 2020
Bukan calang-calang harga jam tangan berjenama Richard Mille itu kerana ia mampu membuatkan orang ramai terkejut. Gambar yang disertakan dalam entri tersebut menunjukkan harga jam tangan itu mencecah harga lebih daripada RM1.2 juta.
Tidak cukup dengan itu, ada sahaja yang membangkitkan rasa ingin tahu netizen. Antaranya ialah salah satu perabot yang menghiasi kediaman Tan Sri Annuar Musa iaitu buaian.
Buaian berharga RM 12,000
Netizen mengatakan buaian besar yang terdapat di dalam rumah beliau itu dikatakan bernilai sehingga RM12,000.
Found his swing. Around RM12k. https://t.co/tNGhwLIJXc pic.twitter.com/Nv0T8DIigu
— Alimuddin Zafrullah (@TheAleem) March 5, 2020
Selain itu, orang ramai yang melihat gaya hidup Tan Sri Annuar Musa yang serba mewah ini turut mengatakan bahawa gaya yang ditampilkannya nampak muda, jauh daripada stail yang sering dikenakan oleh orang seusia dengannya.
Rajin juga netizen mengkaji setiap barang milik Tan Sri Annuar Musa, kalah penyiasat buat kerja!