Sebelum ini Raja Ilya pernah memberitahu telah menolak tawaran membintangi sebuah filem Marvel. Walaupun menghabiskan masa setahun mempersiapkan diri untuk berlakon dalam filem itu, dia menolak tawaran tersebut kerana ia memerlukannya melakonkan babak yang bertentangan dengan agama Islam.
Namun begitu, Raja Ilya telah memuat naik satu gambarnya berpakaian senaman yang seksi. Raja Ilya menulis:
Terkilan dengan muat naik itu, mereka mempersoalkan mengapa Raja Ilya menolak tawaran Marvel atas alasan menjaga agama sedangkan gambar yang dimuat naik juga memberi implikasi yang sama.
Sebelum ini seorang Netizen juga meminta Raja Ilya jual maruku sahaja kerana tidak dapat berlakon dalam filem Marvel setelah setahun mencanangkannya sedangkan pelakon Shiva Kalaiselvam senyap saja tapi akhirnya berjaya memegang satu watak dalam siri Gotham. – beautifulnara.com