Seleweng RM15 Juta, Hwang Jungeum Berdepan Tuntutan Penjara 3 Tahun

Korea

Seleweng RM15 Juta, Hwang Jungeum Berdepan Tuntutan Penjara 3 Tahun

 

Pendakwa raya di Mahkamah Daerah Jeju menuntut hukuman penjara tiga tahun terhadap pelakon Hwang Jung-eum atas tuduhan menyalahgunakan wang syarikat keluarganya berjumlah lebih 4.3 bilion won (RM15 juta).

Advertisement

Menurut pertuduhan, Hwang didakwa menggelapkan 4.34 bilion won pada awal 2022. Syarikat itu hanya menguruskan kerjaya Hwang seorang sahaja dan beroperasi sebagai perniagaan keluarga. Difahamkan, kira-kira 4.2 bilion won dilaburkan dalam mata wang kripto, manakala selebihnya digunakan untuk membayar cukai harta serta cukai tempatan melalui kad kredit.

hwang jungeum saman

Pada perbicaraan pertama 15 Mei lalu, Hwang mengaku bersalah dan memohon masa untuk melangsaikan hutang. Ketika itu, beliau telah membayar semula sekitar 3 bilion won. Selebihnya dilunaskan pada 30 Mei dan 5 Jun selepas menjual aset peribadi, dengan bukti pembayaran dikemukakan ke mahkamah.

Pendakwa raya menjelaskan tuntutan hukuman dibuat dengan mengambil kira faktor meringankan. Prosiding hukuman dijadualkan pada September. Hwang sebelum ini pernah debut sebagai ahli kumpulan Sugar sebelum bergelar pelakon utama dalam drama popular seperti She Was Pretty dan Kill Me, Heal Me.

kim jongkook isteri
2025-08-19 11:00:09

Media Korea Dedah Identiti Bakal Isteri Kim Jongkook - "Dia Cantik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...