Pelakon dan juga penyanyi, Ayda Jebat tampil menyeru orang ramai terutamanya wanita yang sedang hamil untuk mendapatkan vaksin demi keselamatan diri dan anak dalam kandungan.
Kongsi Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat,29, dia sudahpun menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer di Pusat Pemberian Vaksin Sunway Pyramid Convention Centre, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Meluahkan perasaan syukur kerana sudah menerima vaksin tersebut setelah sekian lama menunggu, Ayda dilihat telah berkongsikan momen dan pengalaman ketika proses vaksinasi berlangsung di Instagram Storynya.
Dia dalam pada itu turut menyeru ibu hamil agar sentiasa mengemaskini aplikasi MySejahtera dan mendapatkan vaksin secepat yang mungkin.
View this post on Instagram
“Saya sudah divaksin! Semua ibu hamil jangan lupa kemas kini aplikasi MySejahtera dan dapatkan vaksin secepat mungkin ya. Kepada yang hamil, boleh ikut langkah yang saya kongsikan dalam InstaStory. Saya tidak kata pasti akan dapat tetapi itu yang saya lakukan. Tiada jalan pintas sama ada artis atau tak, jika sudah rezeki, pasti dapat..”
Ujar penyanyi lagu Parah Parah itu lagi, dia juga menunggu sama seperti orang lain untuk mendapatkan vaksin tersebut.
Seloroh Ayda lagi, dia hanya memakai baju tidur saja kerana tidak mempunyai baju mengandung asalkan memudahkan proses suntikan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.