Selesai Majlis Khatam Al-Quran, Mira Filzah Akui Berdebar Tunggu Hari Bahagia Bersama Wan Emir

Hiburan

Selesai Majlis Khatam Al-Quran, Mira Filzah Akui Berdebar Tunggu Hari Bahagia Bersama Wan Emir

Dijangka bakal menamatkan zaman bujang awal September ini, pelakon kecil molek Mira Filzah dilaporkan telah selamat melangsungkan majlis khatam Al-Quran di kediamannya pada pagi tadi (Jumaat).

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman,28, telah ditemani adiknya Aina Fadhilah ketika majlis itu berlangsung. Majlis keramaian itu difahamkan telah dihadiri sanak saudara dan ahli keluarga terdekat dan dijalankan dalam keadaan sederhana tetapi meriah.

Advertisement
View this post on Instagram

Nyawa ? . . Deco @kayangangallery Abaya @abayalubnaa Photo @hasifpictures

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Menggayakan busana jubah berwarna merah jambu, Mira Filzah kelihatan anggun dan manis bersimpuh di atas pelamin daripada Kayangan Gallery.

Mengimbas kembali, Mira Filzah telah mendedahkan dia sudahpun bergelar tunangan orang menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun, April lalu.

Pada Julai lalu  dalam sebuah sidang media, Mira mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat dan secara tak langsung telah mengesahkan spekulasi bahawa dia sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama seorang jejaka bernama Wan Emir yang juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Dikhabarkan Mira juga telah menghantar jemputan perkahwinan kepada rakan-rakan terdekat. Tahniah diucapkan kepada Mira dan pasangan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...