Written by Irsa | November 21st, 2019

Baru sahaja menamatkan kemelut rumah tangga dengan isterinya iaitu Adira tapi kini Datuk Red terpalit pula dengan kontroversi baru.

Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red telah disaman oleh dua individu kerana didakwa menipu mereka dalam kes jual beli tanah rizab Melayu di Hulu Langat, Selangor.

datuk red dituduh tipu penjualan rumah murah

Peguam yang mewakili mangsa, Bhavanash Sharma menjelaskan bahawa mangsa telah menandatangani enam perjanjian jual beli pada Januari 2016.

Selain itu, mereka juga telah membuat bayaran penuh sebanyak RM234,000 kepada akaun bank ADN Properties Sdn Bhd, syarikat milik Datuk Red dan seorang lagi pemegang sahamnya, Shamshurina Suhaimi.

Datuk Red dan Shamshurina antara defendan-defendan lain yang berkomplot menipu pembeli ikhlas dalam penipuan tanah yang dikatakan berskala besar di atas tanah dikenali sebagai Tanah Hulu Langat.

Kami percaya terdapat lebih daripada 120 pembeli yang telah menjadi mangsa penipuan ini.

Bukan itu sahaja, peguam tersebut turut mendedahkan bahawa semasa perjanjian itu ditandatangani, peguam mewakili Datuk Red iaitu Sanisah Abdul Sani yang menyediakan dan menyaksikan perjanjian jual beli itu tidak memiliki Sijil Amalan Guaman yang sah.

Perjanjian-perjanjian jual beli tersebut telah disediakan oleh Firma Guaman Iszam Kamal & Hazlan yang tidak dibenarkan beroperasi sejak Mei 2015.

Walaupun ‘membeli’ tanah, tetapi tanah tersebut masih belum dapat dipindahkan ke atas nama plaintif. Lebih-lebih lagi ADN Properties Sdn Bhd bukan pemilik tanah berdaftar dan/atau pemilik benefisial tanah tersebut.

datuk red dituduh tipu penjualan rumah murah

Sebenarnya, dakwaan mengenai Datuk Red melakukan kegiatan penipuan penjualan rumah harga murah ini sudah berterbangan sejak tahun 2017 lagi namun tiada apa-apa tindakan susulan yang diambil.

Sumber: mStar Online

5 responses to Selesai Kemelut Dengan Adira, Datuk Red Kini Didakwa Terlibat Kes Tipu Jual Beli Tanah!

  1. Anonymous says:

    sendu sebab kat Instagram skrg lagi cepat nak baca cerita2 dan berita-berita terbaru.Kadang2 cerita-cerita artis yang blog macam nara ni tulis pun info datang dari artis tu sendiri upload kat IG.Contoh artis dapat bunga dari boypren…artis upload kat ig…then baru nara tulis kat blog..Netizen pun dah tau awal2 dari blog2 ni…

  2. weehu says:

    perasan tak sekarang semua mcm copy paste. sumber mstar la situ la sini la. sbb tu boring. baik baca gossip kat forum cari. lagi pekdah

  3. Anonymous says:

    Nasib kau la adira.kahwin dengan scammer

  4. Anonymous says:

    Sebab gossip Nara macam kurang menarik dah. Lebih kurang sama je dengan blog gossip lain. Dulu ayat Bang Nara macam menghiburkan sikit. Ni kalau content lebih kurang baik baca page lain, tak semak iklan sangat.

  5. Anonymous annoying says:

    kenapa komen kat nara ni dah sendu skrg..?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini