Selesai Kemelut Dengan Adira, Datuk Red Kini Didakwa Terlibat Kes Tipu Jual Beli Tanah!

Hiburan

Selesai Kemelut Dengan Adira, Datuk Red Kini Didakwa Terlibat Kes Tipu Jual Beli Tanah!

Baru sahaja menamatkan kemelut rumah tangga dengan isterinya iaitu Adira tapi kini Datuk Red terpalit pula dengan kontroversi baru.

Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red telah disaman oleh dua individu kerana didakwa menipu mereka dalam kes jual beli tanah rizab Melayu di Hulu Langat, Selangor.

Advertisement

datuk red dituduh tipu penjualan rumah murah

Peguam yang mewakili mangsa, Bhavanash Sharma menjelaskan bahawa mangsa telah menandatangani enam perjanjian jual beli pada Januari 2016.

Selain itu, mereka juga telah membuat bayaran penuh sebanyak RM234,000 kepada akaun bank ADN Properties Sdn Bhd, syarikat milik Datuk Red dan seorang lagi pemegang sahamnya, Shamshurina Suhaimi.

Datuk Red dan Shamshurina antara defendan-defendan lain yang berkomplot menipu pembeli ikhlas dalam penipuan tanah yang dikatakan berskala besar di atas tanah dikenali sebagai Tanah Hulu Langat.

Kami percaya terdapat lebih daripada 120 pembeli yang telah menjadi mangsa penipuan ini.

Bukan itu sahaja, peguam tersebut turut mendedahkan bahawa semasa perjanjian itu ditandatangani, peguam mewakili Datuk Red iaitu Sanisah Abdul Sani yang menyediakan dan menyaksikan perjanjian jual beli itu tidak memiliki Sijil Amalan Guaman yang sah.

Perjanjian-perjanjian jual beli tersebut telah disediakan oleh Firma Guaman Iszam Kamal & Hazlan yang tidak dibenarkan beroperasi sejak Mei 2015.

Walaupun ‘membeli’ tanah, tetapi tanah tersebut masih belum dapat dipindahkan ke atas nama plaintif. Lebih-lebih lagi ADN Properties Sdn Bhd bukan pemilik tanah berdaftar dan/atau pemilik benefisial tanah tersebut.

datuk red dituduh tipu penjualan rumah murah

Sebenarnya, dakwaan mengenai Datuk Red melakukan kegiatan penipuan penjualan rumah harga murah ini sudah berterbangan sejak tahun 2017 lagi namun tiada apa-apa tindakan susulan yang diambil.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...