Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio, Siti Elizad Kini Akui Berdebar Tunggu Keputusan

Hiburan

Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio, Siti Elizad Kini Akui Berdebar Tunggu Keputusan

Umum mengetahui, pelakon jelita Siti Elizad sebelum ini mendedahkan dirinya memang merancang untuk melakukan rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) dan telah menjalani suntikan pertama untuk rawatan tersebut tempoh hari.

Advertisement

Menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya, Elizad dilihat tidak segan mendedahkan beliau kini telah seleasai menjalani proses ‘embryo transfer’.

Dalam pada itu, pelakon itu juga dilihat tidak terlepas menzahirkan rasa syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini. Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya. Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah,”

Tambah Elizad lagi, selain berdebar menanti keputusan, beliau juga turut menyeru orang ramai menitip doa mendoakan agar hasratnya untuk bergelar ibu dipermudahkan kelak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat menzahirkan kata-kata semangat buatnya agar sentiasa positif dalam melakukan sesuatu perkara.

Sekadar informasi, pemindahan embrio merupakan satu proses dimana embrio yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...