Baru-baru ini, penyanyi Baby Shima menjadi tumpuan warga maya apabila dia dilihat manis bertudung ketika melakukan satu persembahan nyanyian di Kuantan sempena sambutan memperingati Israk dan Mikraj pada Sabtu lalu.
Meskipun ramai yang memuji penampilan Baby Shima yang sinonim dengan imej seksi itu, namun penyanyi itu kecewa kerana dianggap ‘menjual agama’ kerana memakai tudung pada hari-hari tertentu.
Selesai bergoyang ya habibi di Kuantan. Next time datang dulu sebelum berkata-kata. Majlis tak mula lagi dah macam-macam mengata.
Bila Shima dapat tahu ada show pada hari Israk Mikraj, Shima sendiri nak tampil sebegini tapi sebelum tampil, mereka dah berkata macam-macam, sampai ada yang berkata Shima tak hormat hari mulia ni.
Tambahnya, dia dikecam kerana didakwa hanya memakai tudung setelah dikritik pada hari persembahan namun sebenarnya sudah lama merancang untuk berpakaian demikian.
“Tiba-tiba ramai claim pakai tudung sebab kena maki. Spin dan fitnah berpisah tiada. Benda dah lama dalam jadual korang je yang menyalak” ujarnya lagi.