Selesai Bayar Setengah Juta, Hutang Rozita Che Wan Perlu Dilunaskan Sebelum Mac 2025 – Asyraf Wajdi

Hiburan

Selesai Bayar Setengah Juta, Hutang Rozita Che Wan Perlu Dilunaskan Sebelum Mac 2025 – Asyraf Wajdi

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkembangan terkini mengenai hutang pinjaman oleh pelakon Rozita Che Wan sudah dilunaskan sebahagian daripada nilai penuh iaitu RM550,000.

Maklum Asyraf lagi, Rozita dikehendaki untuk membayar baki tertunggak dalam tempoh tiga bulan iaitu sebelum penghujung Mac 2025.

Advertisement

Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Puan Rozita Che Wan ditangguhkan setelah MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550,000 sehingga Jumaat lalu.

Manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan sebelum penghujung Mac.

Perkara itu dimaklumkan pengerusi MARA itu menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Sebelum ini, aktres itu ada memaklumkan bahawa dia telah melunaskan hutang MARA kepada anaknya Aaisyah Dhia Rana menerusi perbualan WhatsApp.

Dia sebelum ini difahamkan telah membuat pinjaman berjumlah RM960,000 menerusi syarikatnya, RCW Worldwide Sdn Bhd dan menamakan anak lelaki, Ammar Effendy sebagai penjamin.

Harta benda serta barangan kediaman aktres itu turut disita dan dilelong bagi tujuan pembayaran hutang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

che ta selesai bayar hutang
4 days ago

Che Ta Beritahu Anak Hutang MARA Sudah Selesai Dibayar - "Aaisyah Sedih Orang Mengata Mummy.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...